MENTOR

HELLO ~~ HELLO ~ HELLO ~~
Hello my blog viewer. today i want to write about mentor or idol.. STOP!
apa ni kecek melayu la. hahaa.. 
kalau nak cakap mentor ni memang dah tau la kontennya. berbicara tentang mentor ni teringat pulak mentorku yang berada di sekolah menengah ku dahulu. ayat skema habis. mentor kelas kami sangat best. kami selalunya kan melakukan aktiviti yang boleh membantu kami hilangkan stress kami yang sudah penat belajar seharian. sangat seronok. mentor kami melayan kami macam kami semua ini sebaya. kadang-kadang kami diberi kebebasan untuk melakukan aktivit sendiri. 

dalam sempoi-sempoi mentor kami. dia juga ada memberi nasihat kepada kami untuk belajar dan jangan kecewakan ibubapa kami. itu adalah pesanan yang paling kami ingat. 
beliau mahu tengok kami semua berjaya. walaupun tidak mempunyai keputusan yang bagus, beliau tetap mahu lihat kami semua sambung belajar. beliau sentiasa bantu kami jika kami ada masalah. dia melayan kami bagaikan menatang minyak yang penuh. saya sangat berterima kasih kepada beliau yang telah membantu saya semasa di sekolah dahulu. 

itulah kegunaan mentor. mereka akan bantu kita bila kita ada masalah. ini tidak, setiap kali sekolah buat program mentor mentee, semuanya merungut. mereka walaupun sibuk dengan tugas utama mereka, mereka tetap meluangkan sedikit masa untuk mendengar masalah kita dan menggembirakan kita. saya pun kadang-kadang merungut bila sekolah melaksanakan program ini. tetapi program nilah sangat membantu kita dalam mengharungi kehidupan kita. kerana mereka lebih berpengalaman.
MENTOR IS THE BEST ... THANK YOU

tau ayat banyak cliche. tapi ada yang betulnya kan?? so fikir-fikirkanlah sendiri.

Comments

Popular Posts