10.10

Assalammualaikum
fikiran tengah buntu sekarang ni, so kita tulis pasal 10.10 iaitu tarikh hari sabtu lepas.
Sabtu lepas merupakan hari pertama aku berada dalam skuad 11 kami. skuad KLCC kata Cik Azman.
hari pertama pergi dataran gemilang tu pulak dengan senior. memang sangat bertuah la senior tumpangkan tapi yang tak menahan tu, satu kereta naik tujuh orang tu. berhimpit dalam kereta tu. sampai dataran gemilang, janggal gila kot nak turun. malu... hahaha.

serius hari pertama training je dah penat gila, ada jugak la niat nak keluar dari skuad ni. tapi bila kita enjoy benda ni takdelah pressure sangat. kene marah?? kene tegur depan orang ramai?? biasa la tu. cepat-cepatlah biasakan diri dengan benda macam ni. bersama skuad 11 ni selama tiga tahun kot. tahan je la. aku rasa ayat aku ni macam tak betul. yang baca ni pandai-pandailah fahamkan ye. malaslah nak betulkan ayat tu. tapi serius, aku rasa bagus jugak la aku masuk benda ni. okay, satu dia ajar aku untuk berdisiplin. alhamdulillah... aku ada berubah sikit tentang disiplin ni. dua, benda ni macam tempat aku lepaskan stress aku jugak la lepas dah penat belajar. asyik pandang buku je bosan jugak aku. tu je kot. ada lagi rasanya tapi malas la eden nak tulis. and lately ni aku i cepat penat...
Arghhhh!!! I need stamina.... 
rasanya ni dah cukup panjang dah ni. tak tau la entri kali ni masuk ke tak dengan temanya.. aku main hembus je apa yang ada dalam fikiran aku sekarang ni. 
okaylah cukup la ni. sekian, terima kasih.  

Comments

Popular Posts