PROLOGUE

Assalammualaikum …

Entri kali ni, aku nak bercerita sikit la tentang perjalanan pertama masuk ke dalam university. Masa korang masa tingkatan lima mesti korang ada berfikiran macam ni kan? ‘Tak sabarnya nak masuk universiti. Mesti best kehidupan kat universiti’. Proses nak masuk university memang banyak kene buat. Haiyaa… samapai pening nak buat. Nasib baik ada kakakku yang sudi membantu. Banyak pekara nak buat. Dengan rasa gementar yang aku nak hadapi bila masuk universiti lagi. Rasa macam tak percaya yang aku ni dah masuk U. Tengok suasana dan orang yang mendaftar. Sekarang sudah bermula kehidupan yang akan menentukan masa hadapan aku. Macam-macam perkara baru yang akan aku lalui. Benda baru jugak yanag akan aku belajar. Orang kata bila dah masuk U ni kita kene buka minda sikit. Ye la, orang akan expect budak U akan sentiasa ada buku kat tangan. Takde la macam tu sekali. Kami ni sama je dengan orang lain. Kita belajar kat mana pun, semua sama je. Takde yang lain. Expectation orang terhadap pelajar U ni terlalu tinggi.

Kami akan melalui benda yang sama je. Kami akan jumpa kawan baru. Dapat pengetahuan yang baru. Dapat merasakan suasana yang lain. Tapi ingat jangan sampai ‘culture shock’ pula bila dah bergaul dengan orang baru. Pengalaman-pengalaman baru yang kita lalui tu akan mengajar kita sesuatu yang baru. Sejak bila pulak aku pandai berkata-kata.

That’s it !!

Comments

Popular Posts