CUTI

Assalammualaikum ....
semua sihat ke?? mestilah bertambah sihat betul tak?? baru lepas cuti bersama keluarga. mesti masih ada yang berada di dalam mood cuti kan?? samalah seperti diriku ini, tetapi apakan daya nasib sebagai seorang pelajar. tabahkanlah diri anda semua. 
assignment bertimbun semasa cuti itu semua sudah biasa. untung kita diberi nikmat cuti. kalau tak dapat cuti lagi meraung korang rasanya. bersyukurlah ye. 

seronok dapat cuti, kalau tak tahu la boleh balik jumpa keluarga. akhirnya dapat juga pergi 'eat hunter' dengan my sister masa cuti haritu. hahaha... merasa jugak aku boot noodle tu. boleh tahan sedap jugak. sepanjang dapat aku rehatkan diri. lega rasanya. 
cuti haritu, aku dengan keluarga aku balik ke kampung. betapa rindunya aku kat kampungku itu. setelah sekian lama, akhirnya dapat juga kami sekeluarga berkumpul semula. tapi tak semua yang balik. takpe asalakan dapat jumpa nenekku yang comel itu. bulan 12 ni dia nak pergi umrah. harap-harap dapat hantar dia ke airport. nenekku,semoga perjalananmu selamat ye. kami akan rindukan kamu. doakan supaya hubungan keluarga kita kekal selamanya.

HAPPY FAMILY !!!


Comments

Popular Posts